|
Tiada lagi HIJRAH selepas pembukaan ini..
Dimasukkan pada 28 Dec 2008 oleh iDeologi
Daripada Ibn 'Abbas r.a., bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda pada hari pembukaan kota Mekah, "Tiada lagi Hijrah selepas pembukaan ini kecuali kerana jihad dan niat yang baik, dan sekiranya diperintahkan supaya keluar untuk berjihad dan melaksanakan kebaikan, maka keluarlah" [Riwayat Bukhari, Kitab al-Jihad wa al-Siyar, Bab Wujub al-Nafir ..., No 2613]
Pada awalnya hijrah adalah wajib bagi orang Islam. Namun setelah pembukaan kota Mekah, Rasulullah telah memansuhkan hukum wajib berhijrah daripada Mekah ke Madinah. Namun begitu hukum wajib berhijrah masih lagi kekal kepada minoriti Muslim di negara kafir yang mana mereka ada kemampuan untuk lari berhijrah ke negara lain. Hijrah juga boleh berlaku kerana dua sebab; kerana berjihad untuk menegakkan kebenaran Islam, dan kerana niat yang baik..
Justeru, kita masih digalakkan untuk melakukan hijrah untuk melaksanakan niat yang baik seperti menuntut ilmu dan mencurahkan ilmu kepada masyarakat. Jika pahala mereka yang berhijrah untuk menuntut ilmu itu ibarat jihad fi sabilillah, maka, secara "dilalah al-nas" atau "minore ad maius", pahala mereka yang berhijrah untuk mengembangkan ilmu lebih-lebih lagi lah besarnya. Ia bukan sekadar untuk mendapatkan sekupang dua buat mengisi perut ahli keluarga, tetapi ia adalah niat yang besar untuk mengembangkan agama Allah.
Begitu juga mereka yang berhijrah untuk mengaplikasikan ilmu mereka dalam bidang-bidang lain. Berhijirah untuk mencari nafkah kepada keluarga, dan pada masa yang sama menyumbang 'sesuatu' kepada masyarakat melalui tugas-tugas yang mereka laksanakan. Kerja kilang, berniaga, engineer, jual takaful dan unit trust, semuanya adalah usaha yang memberi sumbangan yang sangat bermakna kepada perjalanan sosial dan ekonomi sebuah negara.
Dalam konteks yang berbeza, hadis Rasulullah yang bersifat umum di atas boleh difahami bahawa hijrah tidak semestinya berpindah tempat, tetapi yang penting ialah pelaksanaan jihad dan niat yang baik sentias berterusan...
Tahun berganti tahun, akhirat semakin mendekati, kiamat besar atau kecil kian menghampiri, tanda-tanda kehadiran kiamat besar pun sudah terbukti, tanda-tanda kematian kita pula, adalah setiap kali jarum jam berlari...
Tiada lagi masanya untuk kita skopkan fikiran terhadap masalah-masalah kecil sehingga meresahkan jiwa dan mengurangkan produktiviti. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, makin kecil cita-citanya, makin besar jadi masalahnya... makin besar impiannya makin kecil lah masalah yang besar yang dihadapi... Impian untuk keluarga bahagia adalah satu impian jangka pendek yang tidak ke mana-mana... ia cuma ilusi dunia yang sangat sementara.. anak, isteri, suami, ibu, ayah, tidak ada jaminan memberi manfaat di akhirat nanti....
Di kala kalendar telah bertukar yang baru, inilah masanya kita cetuskan produktiviti diri.. semak kelemahan diri untuk dibaiki, kenali kelebihan diri untuk kita eksploitasi.. tidak rugi untuk kita bersusah payah berpenat lelah kerana melaksanakan tugas seharian di sisi Allah, kecuali setelah kita buta hati daripada pandangan hakiki... setiap manusia ada 7 kepintaran dan 40 kepakaran bahkan mungkin lebih... mereka ada kepintaran dan yang kepakaran yang berbeza.. pergunakanlah ia untuk bidang yang kita ceburi.. kata pepatah Arab..."sesungguhnya hidup ini memenatkan" sudah tentu, kerana tempat rehat kita yang sebenar bukanlah kehidupan yang serba ilusi ini...
Di kalendar baru, perlu ada jiwa baru dan misi yang baru... pastikan bukan short-term investment, tetapi long-term @ kekal abadi investment... Maal Hijrah bukanlah sekadar dengan membaca doa awal tahun dan akhir tahun (yang tidak tahu entah mana sumber dalil adat ini??!), tetapi maal hijrah ialah proses pemulihan diri daripada sifat mazmumah, dan proses penambahbaikan diri ke arah mahmudah..... menyubur rasa bertuhan, menyemai cinta dan kasih sesama insan...
Salam Kasih sayang...
iDeologi Webmaster @ Administrator j-QAF.net / muamalat.NET 1 Muharram 1430H 0:17
Zakat: our first step in Islamic Financial Planning
Dimasukkan pada 12 Dec 2008 oleh iDeologi
When we are talking about financial planning, some of us may think about how to accumulate wealth and to achieve financial freedom. Freedom from debt and freedom to own whatever they want. Indeed, this is only a part of financial planning phase. However, Islamic financial planning is more than that. Islamic financial planning is about to plan way to get rich in hereafter, rather than be the richest man in the world.
Before we discuss further about Islamic Financial Planning, or we can just call as IFP, take a look at this example of Islamic wealth management, zakat.
In five pillars of Islam, the third pillar is zakat obligation. Zakat can be define as compulsary charity. It is an obligation on Muslim to pay 2.5% of the wealth which they have had for a full year (lunar year) or what we call as hawl,1/40 (2.5%) of goods used for trade, and 5% or 10% of certain type of harvests depending on irrigation. Exempt from Zakat are a person's house and personal transportation.
In this discussion, we are not going to discuss more details about zakat requirement and so on. However we are going to look zakat as a step to have a prudent financial planning as a Muslim. Prudent financial planning can be achieve when one considered all factors from halal and haram of his sources of wealth and how he spend their money, not only for his sake of worldly pleasure, but also invest their money to get rich after his death.
Back to the zakat, zakat must be done by muslim who have completed his capasity. His must own wealth -which he is a real owner - that must be more than his basic requirement for his life. In other words, a Muslim must get rich to do his zakat obligation. For instance, in Selangor, as the requirement to pay zakat, a Muslim must have more than RM6400.00 (nisab - money which he not used, after deducting his basic needs of life and cost of living). So can we considered this person is rich? Of course, although he is not a millionare.
Islamic law also considers that who are not willing to pay zakat as to commit a very big sin. That why, the first Islamic Caliph, Abu Bakr said, "I declare war to who are separete between solat and zakat".
In our financial planning as a Muslim. We must plan to pay zakat. If every muslim plan to pay zakat, every muslim will think twice to buy something, and try to save some bulks of their money to be completed as a nisab, and then pay zakat.
So, that's why we focus on zakat, our first step of financial planning in Islamic perspective, before we discuss other things like debt management, buying or renting house and so on....
Salam Hari Raya Haji
Dimasukkan pada 08 Dec 2008 oleh iDeologi

Fatwa Jalan Raya, Serban dan Potong Q
Dimasukkan pada 08 Dec 2008 oleh iDeologi
Setelah heboh ada orang bukan Islam tolak fatwa pengkid walaupun tidak ada kaitan apa-apa dengan mereka, maka heboh pula isu fatwa yoga yang dikatakan menyekat umat Islam daripada bersenam. Maka terpaksa gulung tikarlah pusat-pusat yoga kerana hilangnya pelanggan orang Islam. Tapi kali ini, tulisan ini bukan nak berbicara tentang fatwa yoga, mahu pun fatwa haramnya rokok yang tidak diwartakan walaupun telah sekian lama ada, tetapi cuba untuk mengengahkan perlunya fatwa tentang aktiviti-aktiviti di jalan raya yang selama ini sekadar dibincangkan melalui undang-undang jalan raya saja.
Suatu ketika, hebohlah isu dimana seorang pelajar yang memakai serban telah disaman, kerana dia tidak pergi haji dan tidak layak untuk dikecualikan daripada tidak memakai topi keledar semasa menaiki motosikal. Hakikatnya, sama ada seorang itu pergi haji atau tidak, serban bukanlah pakai rasmi umat Islam, tetapi ia adalah pakaian masyarakat Arab sahaja. Abu Jahal pemuka kafir Quraisyh pun pakai serban juga. So, sama ada orang itu haji atau tidak, mereka wajar disaman kerana tidak pakai topi keledar.
Islamic Financial Planning
Dimasukkan pada 04 Dec 2008 oleh iDeologi
What are u thinking about when u read in Quranic verses, touching about zakat, faraid (inheritance laws), nafqah, sadaqah (charity) and etc? Is it just as an obligation or what? Of course, we cannot see it just the obligation to the muslim, but this is a step to have a prudent financial planning... even when Allah ask muslim to do Haji at mekah once in his life, also, inferedly means that Allah ask you to have a good financial management.
Many muslim pray everyday and do the obligation well. However, we must keep in mind that, in Quran, Allah always attach word Solat and zakat which means the importance of financial planning in order to do zakat...
When you use your money, use wisely, save a little, and infaqh (give to charity).. Financial planning begin with a plan to do an obligation.. I'll reveal later how Islam teach us to have a prudent planning.... keep in touch with this blog
Fanatik Yang Merugikan
Dimasukkan pada 03 Dec 2008 oleh iDeologi
Rugi betul jika seseorang itu menutup fikiran mereka, kerana cuba mempertahankan sesuatu perkara yang belum pasti benar. Mereka yang menutup fikiran dan tidak membuka hati dan jiwa mereka untuk menerima sesuatu yang bertentangan dengan kebiasaan mereka sebenarnya bersikap taksub. Jika tahapnya lebih kritikal, mereka akan fanatik sehingga jika terbukti pandangan baru itu betul pun, mereka tetap mempertahankan pendirian mereka. Jika pandangan baru itu memudahkan pun, mereka sanggup mencari jalan yang susah.
Ada beberapa punca sikap fanatik atau terlalu taksub terhadap pemimpin atau pandangan atau pendirian ini. Pertamanya ialah kejahilan. Orang buta yang memegang ekor gajah akan sentiasa mempertahankan bahawa gajah itu adalah seperti tali yang besar sahaja. Manakala orang buta yang memegang kaki gajah akan menganggap gajah itu seperti tiang lampu sahaja. Mereka ini gagal melihat sesuatu secara komprehensif lantas mempertahanka pandanga mereka itu. Seorang ahli sains yang tidak banyak melakukan penyelidikan dan pembacaaan, maka skop pandangannya terhadap sesuatu perkara hanya perkara itu sahaja. Lantas dia akan pertahankan pendapat itu. Seorang ahli parti yang sentiasa mendengar pandangan pemimpim partinya tanpa membuka ruang minda untuk parti lawan pun akan terus mempertahankan hujah pemimpinnya. Begitu juga orang mazhab Syafi'i akan terus mempertahankan fekah mereka kerana kejahilan mereka tentang pendapat daripada mazhab lain.
Faktor sikap taksub yang kedua ialah ego. Adakala, sesuatu yang diri sendiri nampak baik, tetapi kerana keegoan, maka kebaikan itu tidak dapat diterima. Apatah lagi yang melakukan kebaikan itu adalah pihak yang selama ini menjadi saingan dalam sesuatu medan. Pihak lawan akan dilihat buruk dan tak elok sahaja, sedangkan diri sendiri sentiasa betul. Walaupun nampak terang pihak lawan itu betul, tapi sikap ego akan tetap mencari kelemahan pihak lawan, amat sukar untuk mengakui kehebatan orang lain.
Dalam Islam, sikap fanatik amat ditentang kuat. Dr Yusuf al-Qaradawi pernah menjelaskan, bahawa sikap fanatik, terutama bagi mereka yang belajar agama, lahir kerana mereka kurang faham tentang agama Islam itu sendiri. Islam amat menghargai variasi dalam masyarakat. Setiap perbezaan perlu dihadapi secara simbiotik, bukan secara parasit. Melihat orang, kalau boleh pada kehebatan dan melihat diri sendiri, adalah pada kelemahan yang ada.
Cuba bayangkan seorang fanatik mazhab Syafi'i, dia akan terus terusan mengamalkan mazhabnya walaupun kadang-kala mengundang kesusahan. Bersentuh antara suami dan isteri pun sudah batal wuduk. Bukankan ini menyusahkan? Sedangkan berjuta-juta orang Islam lain yang mengamalkan mazhab lain yang tidak batal wuduknya bila sekadar bersentuhan dengan suami / isteri sendiri?
Apabila ada orang yang cuba mengamalkan pelbagai mazhab, maka akan dituduh wahabi lah, perosak agama lah, talfiq (mengamalkan campur2 mazhab secara sembrono) lah. padahal, dalam mazhab Syafi'i pun seseoran gitu bukanlah ikut Imam Syafi'i pun. Kadang kala ikut Imam Nawawi, kadang kala ikut Imam al-Ramli. Tak talfiq kah begitu?
Rasulullah menjelaskan bahawa sikap fanatik menghancurkan agama. Lihatlah apa yang terjadi kepada Syiah. Kerana sikap fanatik mereka, maka lihatlah akidah mereka, secara terang-terangan terkeluar daripada akidah Islam dah pun. Golongan wahabi yang sangat fanatik terhadap muhammad bin abdulwahab pula terpaksa menunjukkan bulu betis kepada orang awam, kerana taksub dengan pandangan haramnya memakai seluar bawah buku lali. Bahkan kalau ikut fatwa Muhammad bin Abd Wahab, nak tawaf kaabah pun lebih elok naik unta. Fatwa ini kalau diikut akan kotorlah kawasan masjidil haram.
Kita tidak bermaksud untuk memporak-perandakan agama, tetapi kalau nak mengikut aliran mana pun, biarlah secara terbuka minda. Hormat pada pendirian orang lain. Hadapi perbezaan secara lebih cerdik dan matang. Anda tak setuju dengan artikel saya, silakan, ia sekadar pandangan sahaja. Hanya al-Quran dan hadis nabi sahaja wajib diikut secara total. Itupun masih ada ruang untuk difahami secara berbeza.
Kalaulah Allah nak manusia ini semuanya SATU PANDANGAN SAHAJA DALAM SATU PERKARA, nescara al-Quran itu mungkin jilidnya sampai seribu jilid. Anda faham maksud saya, kan?
Siri Pengurusan Harta Menurut Islam 2
Dimasukkan pada 27 Mar 2008 oleh iDeologi
Menguruskan Harta Untuk Kewajipan
Sekiranya menuntut ilmu adalah wajib terutama untuk melaksanakan rukun Islam seperti sembahyang, maka begitu juga dengan mencari harta. Kedua-duanya adalah wajib kerana kedua-duanya adalah saling diperlukan untuk seseorang manusia berfungsi sebagai hamba dan khalifah di dunia ini. Apatah lagi rukun-rukun Islam itu sendiri tidak akan dapat ditegakkan tanpa harta yang banyak terkumpul oleh seseorang insan. Mungkin rukun Islam seperti syahadah, sembahyang dan puasa tidak memerlukan wang yang banyak untuk dilakukan dalam konteks persendirian, tetapi bagaimana dengan zakat dan haji? Itu belum dikira lagi galakan-galakan supaya bersedakah dan membelanjakan harta ke jalan Allah. Semua itu menuntut umat Islam mengumpulkan kekayaan.
Dalam al-Quran, arahan supaya menunaikan zakat sentiasa dirangkaikan dengan arahan sembahyang membuktikan bahawa zakat adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipandang rendah oleh umat Islam. Dengan kata lain, seseorang itu wajib berusaha untuk menunaikan zakat. Tegasnya, seseorang itu mesti terlebih dahulu mengumpulkan harta dengan banyak agar kadar mencukupi untuk dia menunaikan zakat. Dengan kata lain, setiap orang daripada umat Islam wajib berusaha untuk mendapatkan harta kekayaan lebih daripada keperluan mereka.
Selain kewajipan zakat, haji juga turut menuntut umat Islam agar mencari harta yang cukup untuk menunaikannya. Begitu juga galakan dan gesaan supaya mendermakan sebahagian daripada harta kekayaan, hal ini bukan untuk menjadikan umat Islam umat yang meminta-minta tetapi umat yang kaya dan mampu memberi khidmat dalam masyarakat.
|