Kesyukuran Perkahwinan
Dimasukkan pada 21 Dec 2006 oleh iDeologi
Selamat Pengantin Baru

Perkahwinan sudah dekat, kepada semua kawan-kawan, dijemput hadir, ke rumah saya di Kg Kutan Hilir, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan, pada 28 Disember 2006.

Orang kata nak kawin perlu persiapan, tapi perkahwinan ini tak ada persiapan sangat. Sekadar keperluan wajib sahaja. Adat-adat yang tidak termasuk Syariah tu tak berapa suka lah. Biarlah orang lain nak buat atas alasan "tidak bercanggah", tapi saya sendiri tidak buat atas alasan "tidak diperlukan Syariah". Sebab perkahwinan ialah perkara Syariah, bukan perkara adat. Kalau Syariah tak tetapkan supaya manusia perlu kahwin, mungkin saya pun tidak berkahwin, jika ia sekadar adat.

Ada juga adat yang perlu dihormati, kerana menghormati adat juga ialah sama dengan menghormati Syariah. Namun adat yang dihormati ialah adat yang memberikan kemaslahatan kepada masyarakat, bukan adat yang menyusahkan masyarakat. Sekiranya adat itu tidak membawa kepada apa-apa kebaikan, -sekadar memeriahkan atau sekadar menghabiskan wang- maka adat itu tidak perlu dihormati, bahkan perlu ditinggalkan.

Bagi saya, menghabiskan RM500 untuk belanja buat pelamin, lebih baik digantikan dengan pakej 'bulan madu' dengan Air Asia yang membolehkan pergi ke merata tempat di Malaysia dengan penginapan 3 hari 2 malam di hotel tiga bintang.

Belanja perkahwinan memang menjadi satu hal yang memeningkan. Namun yang lebih pening ialah belanja selepas perkahwinan. Ada orang sanggup ber'kredit' sana dan sini untuk sekadar 'memeriahkan perkahwinan dengan adat' sedangkan selepas perkahwinan terpaksa cekik perut juga. Alasan, mereka, sekali seumur hidup.

Betul kah begitu? Bukankah banyak lagi kehidupan di akhirat nanti? Hidup di dunia cuma sementara. Berhabis untuk kehidupan sementara, tidak berbaloi. Tak percaya? Tanya atuk2 dan nenek2. Nanti mereka akan cakap, "baru semalam rasanya aku melahirkan ibumu"

General icon
Musim Afundi Yang HAram
Dimasukkan pada 12 Jun 2006 oleh iDeologi

AFUNDI: Pelaburan ke Neraka

Dalam sebuah hadis Rasulullah, baginda ada menyatakan:

"..sesungguhnya dosa itu risikonya adalah ke neraka"
- Riwayat Bukhari.



Tolong menolong kepada kemungkaran juga adalah salah satu dosa sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah:

"Kamu hendaklah tolong menolong kepada kebaikan dan ketaqwaan dan JANGAN kamu tolong menolong terhadap perbuatan dosa dan permusuhan"

Melihat kepada perkembangan semasa, adakah kita dapat lihat program AF sebagai satu program ketaqwaan atau kebaikan? Semua sudah tahu tentang AF, semua sudah kenal siapa mawi, vince dan zahid dan lain-lain lagi. Semua sudah tengok aksi tarikan, pelukan, dedah aurat anak-anak muda berfantasi di atas pentas. Saya rasa tidak ada sebab untuk kita katakan program itu satu program kebaikan atau ketaqwaan. Kalau ada kebaikan sekalipun, tidak cukup untuk menampung perbuatan yang jelas dan terang haramnya. Buka aurat, dedah tubuh, peluk sana sini, itu pun sudah cukup untuk dikategorikan seabgai dosa.

Saya rasa tidaklah terlalu ekstrim pendapat ini. Kerana saya sendiri anti kepada pemikiran ekstrim terutama pada zaman umat Islam jauh daripada agamanya. Kalau program Akademi Fantasi itu boleh dikategorikan sebagai program ketaqwaan, atau sekurang-kurangnya menjana kepada ekonomi dan pertumbuhan negara, mungkin pendapat ini boleh dikatakan ekstrim. Tapi bagi saya, program ini banyak merugikan negara. Pada zaman inflasi sedang naik, masih ramai yang membazir wang dengan mengundi. Pada zaman Pak Lah mahukan peningkata modal insan berasaskan ilmu, masih ramai umat yang leka dalam fantasi mereka nak menjadi orang glamer, berhibur dan semata-mata hiburan. Hiburan meringankan minda, merosakkan pemikiran. Umat tidak menjadi umat yang tahan lasak. Umat sentiasa berhibur takut untuk berjuang.

Sudah berbagai fatwa dikemukakan tentang undian AFUNDI ini haram. Dan sewajarnya pendapat ini diketengahkan kepada umum. Setiap SEN yang diundi menyumbang kepada perbuatan yang haram adalah haram jua berasaskan kepada firman Allah di atas. Dan setiap yang haram akan membawa kepada NERAKA jua akhirnya. Jika anda ada ahli keluarga, sahabat yang suka mengAFUNDI, beritahulah daripada undi orang menari dan menyanyi lebih baik dermakan RM10 kepada PALESTIN.

Derma palestin adalah wajib, undi AF adalah haram. Utamakan yang wajib. Elakkan yang haram.


General icon
Ulama' Hukum Copy and Paste
Dimasukkan pada 25 Apr 2006 oleh iDeologi

'ULAMAK' COPY AND PASTE

Banyak sungguh portal yang suka berbicara tentang agama Islam. Memang sungguh baik suasana ini kerana ramai orang mahukan Islam. Ramai mahukan Islam dilaksanakan dalam hidup. Tapi sayang, semangatnya cuma dengan isi yang kosong. Kalau cakap tentang semangat beragama ok juga, tapi banyaknya yang mahu cakap tentang hukum yang mereka sendiri hanya main agak-agak. Kadang kala ada orang yang suka sangat marah2 orang lain yang kononnya suka main agak2 padahal dia sendiri yang suka agak2 bila cakap tentang hukum. Macam yakin2 je. Kita suka tengok umat Islam semangat, tapi janganlah beyond the limit. Melampaui mengetahuan mereka. Agama Islam bukanlah semata-mata hukum saja, agama Islam ialah pelaksanaan, bukan teori.


General icon
Kita Mahu Jadi Barat?
Dimasukkan pada 18 Apr 2006 oleh iDeologi

Definisi Kelakuan Lucah
Perlu Ikut 'Budaya Timur'

        Laporan akhbar hari ini berkenaan dengan PBT dihalang menjadi 'polis akhlak' kepada masyarakat begitu menyinggung kembali perasaan saya selepas mendapat berita gembira dua minggu yang lalu setelah PBT diberi kuasa oleh mahkamah menghalang perbuatan tidak berakhlak di khalayak awam. Sekiranya PBT hanya boleh menghalang mereka yang melakukan hubungan seks atau membuka baju untuk tujuan lucah di khalayak awam, maka ramailah pemuda-pemudi kita yang akan bercium-ciuman dalam LRT, bas, dan taman-taman rekreasi. Bagi saya, kementerian perlu peka dengan sensitiviti dan budaya timur masyarakat kita. Masyarakat timur, tidak kira apa jua bangsa, tidak boleh menerima perilaku yang mencetuskan naluri seksual di khalayak umum seperti memeluk keterlaluan, meraba-raba, bercium dan bercumbu, sekalipun dilakukan oleh pasangan yang sudah berkahwin.

       Kita bukan Amerika yang sudah hilang ciri asli ketamadunan. Kita bangsa timur yang masih berpegang kepada nilai murni dan adab-adab dalam bermasyarakat.  Saya bersetuju jika anggota PBT tidak boleh mengekori atau mengintip pasangan yang ingin membuat 'dajal' di kawasan awam. Tetapi kita tidak boleh menghalang PBT daripada membuat rondaan di kawasan-kawasan awam untuk memastikan kawasan kita bebas daripada unsur-unsur asing yang mencemari adab dan tatasusila budaya timur. Saya pasti, rakyat Malaysia yang bermoral tinggi akan jelik melihat pasangan remaja sekolah berpelukan, memeluk pinggang, mengusap-usap badan antara lelaki dan perempuan. Fitrah kita rakyat timur jelik melihat perkara itu. Sudahlah dalam TV pun didedah dengan pelbagai ancaman sosial, kini PBT pun dihalang pula untuk menjamin suasana harmoni masyarakat Malaysia.

       Sekalipun kita mahu pelancong asing masuk ke negara kita, ini tidak bermakna kita menghalalkan apa jua yang bertentangan dengan budaya timur. Apa uniknya negara timur tanpa adab-adab di khalayak awam? Apa yang pelancong asing dapat rasai jika mereka boleh melakukan perbuatan yang sama di negara mereka. Pelancong sebenarnya melancong untuk melihat keunikan sesebuah negara, bukan sama dengan negara mereka. Mereka ingin melihat bagaimana masyarakat timur mengamalkan cara hidup mereka, adab-adab dan tatasusila harian dalam berinteraksi dengan khalayak. Saya bersetuju jika terdapat draf yang memperincikan perlakuan lucah di hadapan awam dibentuk, serta prosedur-prosedur yang perlu diikuti oleh pegawai penguatkuasa PBT juga perlu diperincikan sama. Namun, perlakuan yang lucah wajar ditafsirkan sebagaimana 'common sense' rakyat timur yang sebenarnya, bukan pemikiran yang telah dijajah oleh arus globalisasi yang sedang menghancurkan tamadun dunia.


General icon
Dosa Foward Mesej Tanpa Semak
Dimasukkan pada 07 Mar 2006 oleh iDeologi

Hati-Hati Dalam Sebar SMS, Email

 Oleh: Ahmad Sufyan Che Abdullah 

 

            Dunia hari ini adalah dunia revolusi maklumat peringkat kemuncaknya. Maklumat dalam beberapa saat daripada seluruh dunia boleh disebarkan dengan mudah, sama ada melalui email, ataupun menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS). Dengan kemudahan ini, berita boleh disampaikan dengan cepat, boleh disebarkan dengan begitu mudah sekali.  Perkembangan ini menyaksikan popularnya istilah seperti “foward e-mail” “Foward SMS” dan  Foward  YM” (Yahoo Messenger) dan lain-lain bentuk penyebaran maklumat lagi.


General icon
Kaedah Komunikasi Islam
Dimasukkan pada 22 Feb 2006 oleh iDeologi

Beberapa Kaedah Komunikasi Islam: Menjamin Produktiviti Kerja

Ahmad Sufyan Che Abdullah

Komunikasi adalah asas dalam kehidupan seseorang manusia. Dalam sesebuah organisasi, komunikasi ibarat nadi yang menggerakkan fungsi pengurusan sesebuah organisasi. Komunikasi menjadi medum penyebaran maklumat daripada seorang manusia kepada manusia yang lain. Justeru, sistem pengurusan organisasi atau masyarakat akan tergendala tanpa komunikasi. Semakin berkesan system komunikasi di amalkan, semakin cekaplah pengurusan dan pentadbiran yang sesebuah organisasi tersebut. Sama ada komunikasi itu melalui saluran rasmi atau tidak rasmi, sistem komunikasi perlu melalui kaedah yang betul dengan etika yang baik untuk memastikan keberkesanannya.


General icon
3G PRA-BAYAR TERLALU MAHAL
Dimasukkan pada 20 Feb 2006 oleh iDeologi

INTERNET 3G PRA-BAYAR MASIH  TERLALU MAHAL

 

Tidak cukup dengan dua syarikat penyedia 3G sedia ada, tiga lagi syarikat yang sedang membida untuk mendapatkan mendapat lesen spektrum 3G selepas Celcom dan Maxis. Kerajaan sebenarnya sentiasa mencari jalan untuk menambah jumlah penyedia perkhidmatan pindahan data berkelajuan tinggi, untuk memastikan Malaysia setaraf negara maju di dunia dalam teknologi maklumat. Walau bagaimanapun, sambutan terhadap untuk menggunakan perkhidmatan 3G masih kurang memberangsangkan. Antara faktor utama ialah kekurangan kandungan yang boleh dimanfaatkan dan yang paling besar ialah kerana faktor yuran dan peralatan yang mahal. Menurut hasil kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) 2005,  lebih 60% daripada pengguna telefon tidak mahu menggunakan perkhidmatan ini adalah kerana harga telefon atau perkakasannya yang mahal dan bayaran perkhidmatannya juga adalah mahal.


<< Previous 1 2 3 4 5 Next >>

Content Management Powered by CuteNews

  BERITA RINGKAS

<< Previous 1 Next >>

 

Tinggalkan Pesanan

Copyright © 2005 iDeologi Mualamat.NET