|
 Kemahiran Komunikasi Dalam Islam
Dimasukkan pada 10 Feb 2006 oleh iDeologi
Kemahiran Komunikasi

Apabila suatu maksud telah berjaya disampaikan antara seseorang kepada seorang yang lain, atau sekumpulan manusia, itu dinamakan komunikasi telah berlaku. Secara teorinya, komunikasi berlaku dengan pelbagai medium sama ada secara kunonya simbol-simbol, bahasa isyarat, komunikasi lisan, kod-kod, atau apa jua bentuk yang sesuai digunakan sebagai menyampaikan maklumat dengan berkesan. Komunikasi dianggap berkesan sekiranya maklumat atau maksud yang ingin disampaikan oleh pihak yang menyampaikan maklumat telah diterima dan difahami, serupa dengan apa yang ingin disampaikan.
Namun sering terjadi masalah dalam organisasi, kumpulan, masyarakat, bahkan rumah tangga, banyak masalah yang diakibatkan oleh masalah komunikasi. Antara punca masalah yang tidak lagi menjadi rahsia kepada kita ialah seperti penyelewengan fakta atau tidak amanah dalam komunikasi, menyimpan maklumat yang patut disampaikan, atau mendedahkan maklumat yang tidak patut disampaikan, menyampaikan maklumat yang salah, tidak tepat, fitnah, pembohongan, mengumpat, mencela, dan pelbagai lagi bentuk kepincangan komunikasi. Hasilnya, organisasi akan bercelaru, masyarakat porak peranda dan rumah pun boleh tercabut tangga!!
Begitulah parahnya jika komunikasi tidak dijaga dengan baik. Impak negatif komunikasi tanpa sistem sudah tentu merosakkan organisasi. Sebaliknya, sekiranya komunikasi dilakukan dengan cara yang baik, pelbagai impak positif pula boleh dilihat. Komunikasi boleh memotivasikan manusia, boleh mendidik masyarakat, boleh membina jiwa dan boleh melancarkan kerja. Biasanya jika maklumat itu tepat, wajar disampaikan serta dilakukan dengan cara yang betul dan cepat.
Bagaimana Islam mengemukakan teorinya?
 Bagaimana Ijtihad Berlaku?
Dimasukkan pada 19 Dec 2005 oleh iDeologi
BAGAIMANA IJTIHAD BERLAKU?
Ijtihad ialah suatu proses penyelidikan yang serius yang dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh sarjana untuk menerbitkan hukum-hukum yang bersifat amali. Ijtihad proses ijtihad hanya berlaku terhadap hukum-hukum yang tidak jelas yang wujud di dalam al-Quran atau al-Sunnah, sama ada ketidakjelasan itu berpunca daripada lafaz yang terlalu umum, ataupun berpunca daripada kredibiliti dalil yang digunakan itu sendiri.
Sekiranya sesuatu dalil teks telah jelas dan putus, jelas maknanya tanpa boleh ditakwilkan lagi, dan dalil itu pula disahkan berautoriti, maka ijtihad tidak lagi perlu. Ijtihad biasanya berlaku dengan mengambil pengajaran2 di dalam sumber hukum seperti quran dan sunnah untuk direalisasikan dalam realiti semasa yang memerlukan hukum untuk diamalkan.
Hanya para sarjana yang cukup syarat ijtihad sahaja yang layak melakukan pengujian terhadap hukum ini. Jika sarjana itu kurang layak dalam satu -satu aspek, tetapi amat pakar dalam aspek2 yang lain, maka dia boleh mendapatkan kepakaran2 daripada para sarjana lain. Konsep ini dipanggil ijtihad kolektif, yang berasaskan kepada specialist (tajazzu' al-ijtihad). Contoh mudah ialah penentuan hukum dalam euthanasia atau mercy killing. Ketika ini, mungkin para sarjana fiqh dan sarjana perubatan boleh bergabung fikiran untuk melakukan ijtihad secara kolektif. Begitu juga dalam kes-kes seperti GM Food atau Genetically Modified Food, para sarjana fiqh perlu mendapatkan pandangan2 pakar dalam bidang bio-tech and vice verca.
Kajian mendapati terlalu banyak kes kes hukum fiqh terutama dalam bab-bab kepenggunaan yang wujud di dalam fiqh terdahulu memerlukan perubahan dalam konteks semasa. Fiqh yang terbina dalam konteks umat dahulu tersusun di atas asas penyelidikan yang terhad dalam ruang lingkup teknologi dan situasi semasa mereka.
 Yusuf al-Qaradawi Yang Aku Kenali
Dimasukkan pada 19 Dec 2005 oleh iDeologi
Yusuf al-Qaradawi Yang Aku Kenali

9 September 2005 yang lalu, genaplah umur Yusuf Abdullah al-Qaradawi 79 tahun. Walau bagaimana pun, saya terlewat mengenali beliau, ketika umur 18 tahun baru saya kenali beliau. Sewaktu di bangku sekolah, nama Yusuf al-Qaradawi yang saya dengar tidak membawa apa-apa erti, bahkan sesekali kedengaran seperti nama seorang ulama' yang agak liberal, lantaran telinga-telinga sentiasa disumbat oleh pendapat taksub para ustaz2 di sekolah. Beliau pernah datang ke Malaysia atas jemputan datuk seri Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu...........
 TEORI MUALAMAT DALAM URUS NIAGA
Dimasukkan pada 03 Dec 2005 oleh iDeologi
Terdapat begitu banyak perbezaan antara sistem perniagaan zaman dahulu dan sekarang. Antara jual beli di pasar atau souq pada zaman silam dengan zaman sekarang jauh berbeza. Sekarang, barangan boleh dibeli hanya dengan klik dan klik sahaja di rumah menggunakan internet. Pembayaran bil bulanan, pemindahan wang, boleh menggunakan internet sahaja. Maka lahirnya undang-undang yang berasaskan realiti pada zaman dahulu. Bagaimana mungkin kita boleh menggunakan undang-undang zaman dahulu kala untuk direalisasikan pada zaman moden? Persoalan ini akan kita jawab nanti dengan meneliti semula kandungan peruntukan undang-undang dalam buku-buku silam (abad ke 5, 6, 7 dan ke 8?) dan cuba kita realisasikan pada urus niaga yang tidak pernah wujud pada zaman silam, termasuklah urus niaga remeh seperti reload kredit prepead, kadar bil bulanan dan sehinggalah kepada pelaksanaan bon dan pembiayaan korporat. Mahu Bincang? Tunggulah edisi tulisan saya seterusnya. (Jangan malu2 nak jadi ahli yer) KLIK SINI kalau nak jadi ahli
 SUNAH RASULULLAH - PEMIKIRAN KOLOT YANG MERUGIKAN
Dimasukkan pada 18 Nov 2005 oleh iDeologi
Oleh AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH Utusan Malaysia, 28/04/2005
Jika seseorang itu hanya memakai serban dan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal di tengah-tengah kesibukan kota, polis wajar menyamannya. Pertama, dia telah melanggar undang-undang lalu-lintas, dan kedua, kerana mencemarkan nama baik serban itu sendiri yang merupakan pakaian yang menjadi syiar Islam. Inilah salah satu contoh sindrom kurang daya faham Islam yang melanda umat Islam. Ia wajar ditangani secara berhemah. Mereka ini memahami sunah nabi secara sempit, menganggap serban itu sunah setiap masa, sehinggakan melanggar prinsip asas Islam yang cuba mengelakkan sebarang bentuk kemalangan dan kecelakaan terhadap manusia.
 ILMU DAN AMAL - PENUNJUK JALAN YANG SETIA
Dimasukkan pada 18 Nov 2005 oleh iDeologi
Oleh Ahmad Sufyan Che Abdullah Utusan Malaysia, 19/09/2003
Perkembangan mutakhir menunjukkan gejala-gejala wabak keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin merebak. Pendedahan demi pendedahan oleh media tentang perlakuan remaja semakin meloyakan. Tambahan pula, gambar-gambar aksi kurang sopan yang didedahkan terutama di dalam internet itu melibatkan golongan mahasiswa universiti yang dianggap berdaya intelek, berilmu, dan bakal menjadi pegawai-pegawai yang berkhidmat untuk masyarakat! Perkembangan ini seakan menjelaskan ilmu di minda sudah tidak lagi memberi kesan kepada hati!
 BUDAYA BERFIKIR - ELAKKAN AKAL BEKU DAN STATIK
Dimasukkan pada 18 Nov 2005 oleh iDeologi
Oleh Ahmad Sufyan Che Abdullah Utusan Malaysia, 24/07/2003
Otak manusia yang terkandung di dalamnya berbillion neoron itu adalah satu ciptaan yang sangat ajaib. Otak manusia, bukan seumpama bekas pada dunia dimensi ketiga; makin diisi makin penuh, tapi ia adalah ciptaan yang sangat luar biasa; makin diisi makin bertambah ruangnya! Otak dicipta sebegitu rupa, dengan dua hemisfera kanan dan kiri dengan peranan yang berbeza. Ia terletak di atas, tidak di tengah atau di bawah menunjukkan betapa pentingnya otak untuk dieksploitasi.
<< Previous 1 2 3 4 5 Next >> |