General icon
HIJRAH DARIPADA TEORI KEPADA PRAKTIK
Dimasukkan pada 17 Nov 2005 oleh iDeologi
Oleh Ahmad Sufyan Che Abdullah
Utusan Malaysia, 10/02/2005 / 1 Muharram 1425

SETELAH pembukaan kota Mekah yang berlaku pada tahun 628 Masihi, diceritakan oleh Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sudah tidak ada lagi hijrah selepas pembukaan (kota Mekah) tetapi yang masih ada ialah jihad dan niat. Dan apabila kamu diminta keluar berperang, maka keluarlah. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Para ulama hadis sependapat bahawa yang dimaksudkan hijrah dalam hadis tersebut ialah hijrah dari Mekah ke Madinah. Mungkin sabda Rasulullah ini menjawab persoalan para sahabat ketika itu yang tertanya-tanya apakah mereka perlu berhijrah lagi, setelah mereka kembali ke tanah asal mereka, Mekah.

General icon
PERBEZAAN MASYARAKAT - HADAPI SECARA SIMBIOSIS
Dimasukkan pada 17 Nov 2005 oleh iDeologi
Oleh Ahmad Sufyan Che Abdullah
Utusan Malaysia, 06/05/2004

Mengapa `burung gembala kerbau' dinamakan sedemikian rupa? Ya, kerana burung itu sentiasa berada di atas belakang kerbau seolah-olah penggembala kerbau. Mengapa burung itu berada di atas kerbau, adakah ia benar-benar mahu menjadi penggembala kerbau? Tentunya tidak, ia berada di atasnya kerana ada makanan di atas kerbau itu, iaitu serangga kecil dan kutu. Satu lagi soalan perlu ditanya: Tidakkah kerbau merasa marah kerana burung itu sentiasa hinggap di atas belakangnya? Memang kerbau tidak marah kerana burung itu membantu menghilangkan serangga dari tubuhnya, bahkan berterima kasih pula. Tetapi mungkin kita tidak dapat memahami bagaimana kerbau mengucapkan terima kasih kepada burung itu.

Teori Hukum icon
HADIS AHAD - JANGAN TOLAK SEWENANGNYA
Dimasukkan pada 17 Nov 2005 oleh iDeologi
oleh Ahmad Sufyan Che Abdullah
Utusan Malaysia, 16/04/2004

Pernah timbul kekeliruan tentang kontroversi penggunaan hadis Ahad sebagai sumber hukum, terutama hukum akidah serta polemik tentang penolakan terhadap hadis jenis ini. Dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, sememangnya kita kurang menerima dalil yang tidak mencapai tahap pengetahuan yang meyakinkan (qat`ie) dalam menetapkan sesuatu pegangan. Benarkah hadis Ahad kesemuanya tidak bersifat qat`ie? Untuk menjawab persoalan ini, hadis hendaklah difahami betul-betul.

General icon
FLEKSIBILITI ISLAM - SATUKAN PERBEZAAN SEJAGAT
Dimasukkan pada 16 Nov 2005 oleh iDeologi
Oleh Ahmad Sufyan Che Abdullah
Utusan Malaysia, 19/09/2003

Kita sering mendengar masyarakat Islam mendakwa merekalah umat terbaik dan agama Islam sentiasa relevan dengan setiap masa dan budaya. Namun, jarang pula kita mendengar perbincangan tentang bagaimanakah proses yang menjadikan syariah Islam itu sesuai untuk semua umat manusia yang pelbagai bangsa, budaya dan tahap perkembangan teknologi. Dakwaan bersifat simplistik sebegini walaupun tepat, jika tidak disusuli oleh langkah-langkah perbahasan yang realistik, boleh memusnahkan kepercayaan masyarakat terhadap Islam. Kita sedia maklum bahawa syariah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. (wafat 632 Masihi) tidak pernah berubah sejak termaktub di dalam al-Quran hingga hari kiamat.

<< Previous 1 2 3 4 5 Next >>

Content Management Powered by CuteNews

  BERITA RINGKAS

<< Previous 1 Next >>

 

Tinggalkan Pesanan

Copyright © 2005 iDeologi Mualamat.NET