
My First Baby Was Born
Dimasukkan pada 04 Mar 2008 oleh iDeologi
Salam..
26 Februari 2008, merupakan hari lahir isteriku tercinta yang ke 27. Detik itu sangat istimewa kerana pada jam 1.42 pagi, saya telah secara 'rasmi' menjadi seorang bapa kepada baby boy yang baru menjengah alam baru, selepas 9 bulan di alam rahim, alam 3 kegelapan. Saat-saat menyambut kelahiran bayi sungguh mendebarkan dengan kesakitan yang dialami oleh my wife sementara aku cuma berada di sisi memberi semangat dan kekuatan, zikir yang tidak putus mengharap ihsan daripada Allah agar mempermudahkan situasi.
Baby yang telah saya rancangkan untuk dinamakan sebagai Ahmad Syamil bin Ahmad Sufian sebaik sahaja kelua daripada perut ibunya, (kelihatan seperti alien, pada permulaan keluar), telah dipotong tali pusat kemudian dilapkan. Sebelum telinganya mendengar kalimah lain, kalimah suci azan membesarkan Penciptanya telah saya alunkan agar itulah menjadi kalimah yang bertakhta teguh dia hatinya.
Semua selamat, 'misi' spital mengarahkan saya keluar dr bilik bersalin dan menunggu di luar bilik bersalin Hospital Kota Bharu. Terus mencari tempat yang bersih untuk sujud syukur kepada Allah, menunaikan solat sunat, memohon keselamatan daripada Allah. Tiada apa yang lebih gembira daripada keselematan insan yang dikasihi.
Daripada jam 2 pagi hingga jam 7 pagi saya tunggu barulah isteri dan anak keluar daripada bilik bersalin terus ke wad. Saya membaca beberapa surah daripada al-Quran, surah Luqman agar mendengar nasihat mengesakan Allah, menjaga solat, menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, mentaati ibu dan bapa, tidak sombong kepada manusia, bersabar dengan dugaan hidup, tegas dengan pendirian. Surah al-Mulk agar mendapat keberkatan hidup, surah al-Insyirah agar hati dipermudahkan untuk mendapat ilmu dan petunjuk, surah al-Ikhlas dan al-Muawwidhatayn, agar dilindungi oleh Allah daripada segala gangguan syaitan.
p/s: sudah lama tidak menulis dalam blog. 
Ahmad Syamil bin Ahmad Sufian (1 hari)
Mission Completed!
Dimasukkan pada 06 Nov 2007 oleh iDeologi
Alhamdulillah, my master degree compled after i've submitted my dissertation in hard cover biding...the last titile that i've decided to my dissertation is "Pasaran Derivatif Dalam Sistem Kewangan Islam di Malaysia: Analisis Berdasarkan al-'Urf" or can be simply traslated as "Derivative Market in Islamic Financial System in Malaysia: An Analisys via al-'Urf.
For this dissertation, i need to wait for more thant 3 month for the result, but it's ok, alhamdulillah... it's finished already.
Not to waste my time, i'm now trying to complete proposal for my Ph.D studies... i hope i will be given chance by GOD, by Allah, to further abroad, ASAP... if you read this, pray for me ....
Perjumpaan NC Baru
Dimasukkan pada 18 May 2006 oleh iDeologi
Pertemuan dengan NC Baru... kerja lebih kuat..
Hari ini pertemuan dengan seluruh staf akademi pengajian Islam dengan Naib Canselor baru, Datuk Rafiah Salim, yang merupakan bekas dekan fakulti Undang-undang. Secara umumnya NC sekarang berbeza dengan NC yang lalu. Kita hormat NC yang lalu dalam satu aspek. Tetapi cara bekerja NC ini nampak jelas berbeza terutam dari aspek cara kerja dan aspek akhlak dan pekerti. Bercakap seolah2 daripada ibu kepada anaknya, beliau memang tidak suka untuk disanjung tetapi beliau hanya tahu bekerja menunaikan tanggungjawab...
Dapat disimpulkan daripada ucapan beliau dan harapan beliau... aku kena kerja keras lagi kerana apa yang menjadi harapan ialah terkena dengan bidang kajian jabatan syariah dan pengurusan...
pertama beliau mahu tumpukan kepada pengambilan pelajar dalam bidang kewangan Islam, kedua kajian dalam bidang kewangan Islam, ketiga kerjasama dengan INCEF daripada BNM berkenaan dengan sijil profesional kewangan Islam dan yang paling utama beliau mahukan kajian dalam kepimpinan Islam dalam syarikat swasta...... bidang kepimpinan Islam era global pernah aku tulis dalam buku Dimensi Pengurusan Islam... so, kena teruskan lagi kajian tentang kepimpinan Islam dalam korporat...
Semoga Allah beri kekuatan untuk aku terus berjuang menghabiskan saki baki umur yang tidak tahu berapa lagi tinggalnya....
Nak jadi kaya cepat?
Dimasukkan pada 18 May 2006 oleh iDeologi
MINTAK SEDEKAH SECARA NETWORKING
Entah sindrom apa yang melanda kini, umat Islam sibuk mahu 'mengukuhkan ekonomi' mereka. Umat Islam, kata mereka, perlu kukuhkan ekonomi mereka untuk menentang musuh. Umat Islam, kata mereka lagi, perlu jadi kaya raya, perlu jadi jutawan.
Kata mereka lagi, kalau RM300 sebulan kita kumpul, kena mati 9 kali baru dapat jadi jutawan. So kita kena kaya cepat untuk jadi umat yang kuat, dengan dapatkan banyak duit, kukuhkan ekonomi, jana pendapatan besar umat Islam, kata mereka.
Lalu mereka pun kiralah perbelanjaan harian. Lalu mereka hitung harga petrol, sewa kereta bulan2, ansuran rumah, dan lain-lain. Lalu mereka hitung lagi bagaimana cara nak dapat duit dengan cara yang paling berkesan.
Lalu mereka kata, mereka ada formula yang telah digunakan oleh pelbagai orang seperti mat saleh dan terbukti sistem ini adalah mencipta kejayaan. Tanpa menyedari hakikat kekafiran mat saleh itu.
Lalu ada seorang daripada mereka kata, "aku masuk 3 minggu dapat 800... side income, OK la tu". sorang lagi menyampuk, "Mamat masuk baru sebulan dah dapat RM5000." Tiba tiba mereka cakap, "Joinlah kita bina rakan niaga." Kita buat network marketing.
Yuran keahlian - utk website, yang mereka kata sebagai e-commerce dan 'virtual' office. RM38 setahun. dan kena beli sekali barang mereka seumur hidup dengan harga RM298. Ustaz2 yang sertai mereka akan kata syarat jual beli telah sah kerana ada akad jual dan beli, dan barangan pun ada. Barangan berkualiti tentu mahal harganya.
Lepas itu mereka pun kena cari 2 orang bawah mereka. Nanti 2 orang itu setiap orang akan cari lagi 2 orang lagi. Dan orang itu akan cari setiap orang cari dua orang sampai kiamat menjelang.... atau sampai orang malas nak cari orang....
Daripada senario di atas... lagi-lagi senario.. senaro lagi.. pemburu yamasyita... dapat kita simpulkan. Kalau nak kaya, mari kita minta duit dengan 3 hingga lima orang.
Saya minta duit dengan 5 orang kawan. Kata saya, kalau yang lima orang ini nak duit, carilah setiap orang 5 orang lagi. 1 pertiga dapat kat korang. separuh daripada 1 pertiga masuk syarikat. Masuk poket abg saya juga lah kiranya. dan 1 pertiga lagi bagilah kepada atas mereka sebanyak tiga generasi. Maknanya kat saya juga kerana atas mereka masih tak ada orang kecuali saya sendiri. Oh, senangnya mahu kaya cepat.... tapi untuk apa kaya cepat? Apa nilainya hidup di dunia ini sebenarnya? Mahu duit saja?
Kata mereka lagi.. duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan duit...
Kalau bgitu marilah sama-sama kita minta sedekah secara MLM... barulah umat Islam menjadi maju kerana banyaknya usahawan kaya raya. Dapat banyak duit, maka kita terpaksa beli kuih pun dari apek dan maccha... kerana orang melayu sudah tidak minat jual kuih kerana sudah kaya hasil meminta sedekah secara network...... 
Komuniti Baru j-QAF.net
Dimasukkan pada 15 May 2006 oleh iDeologi
Komuniti j-QAF.net
Dalam kesibukan menyiapkan tesis, saya masih terfikir dan mendapat idea untuk membuat satu portal, j-QAF bagi cikgu-cikgu j-QAF seluruh negara... setelah cek2 internet dan tidak wujud lagi satu portal komuniti khas untuk cikgu j-QAF, maka rasanya suatu komuniti penting untuk interaksi internet.
kalau nak ikutkan potensi, www.muamalat.net sangat berpotensi, namun di peringkat awal, ia masih belum popular lagi. Insyallah kita akan tambahkan kandunngan dari masa ke semasa. Komuniti j-QAF.net pula khas untuk cikgu j-QAF rasanya akan turut menjadi satu komuniti internet yang popular memandangkan suatu ketika nanti mungkin menjelang 2010, malaysia dijangka mempunyai 10 000 guru j-QAF di seluruh negara. Pengambilan setiap tahun yang ramai, sudah tentu guru j-QAF memerlukan satu komuniti khas.
Tapi, untuk menjadi 'kepala' saya sudah kontek kawan namanya Mat Pis yang menjadi cikgu j-QAF di sarawak. Memandangkan dia sedang sibuk, terpaksa tangguh dululah. Namun saya tgh mencari guru2 j-QAF yang aktif berforum dan berinterner untuk menjadi moderator kepada komuniti ini.. saya optimis terhadap dua komuniti ini.. muamalat.NET semoga Allah mengizinkan, akan menjadi komuniti rujukan utama bila Malaysia menjadi Hub kewangan Islam serantau, manakala komuniti j-QAF.net pula.... harap2nya dengan izin Allah, pada suatu masa dan ketika.. akan turut menjadi komuniti utama kepada 10 000 guru j-QAF seluruh negara.. kepada sesiapa yang ingin membantu.... dipersilakan
Tesis oh Tesis
Dimasukkan pada 15 May 2006 oleh iDeologi
Tesis oh Tesis
Hari ini tesis masih lagi dalam proses penulisan. Kajian telah dilakukan selama setahun lebih, manakala penulisan masih belum sampai separuh. Namun rasanya saya optimis, tesis dapat disiapkan dalam masa terdekat.
Secara umumnya tesisku adalah berkeneaan dengan pasaran derivatif di Malaysia, tajuknya yang belum kompem ialah 'Urf Pasaran Derivatif di Malaysia dan Implikasinya dalam Sistem Kewangan Islam". Bunyinya panjang, penulisannya pun bukanlah ringkas. Bab yang wujud masih belum jelas, tetapi bab yang utama ialah:
- Teori 'Urf Dalam Muamalat Dalam bab ini ia membincangkan tentang teori urf dalam konteks usul fiqh dan urf dalam muamalat seperti akad, penentuan harta dan seumpamanya.
- Pasaran Derivatif di Malaysia Dalam bab kedua pula ialah berkenaan dengan pasaran derivatif yang terdiri daripada pasaran niaga hadapan, pasaran hadapan, pasaran swap dan opsyen.... apa yang mahu dilihat dalam bab ini ialah ciri ciri utama, players utama dan yang lebih penting urf pasaran yang terbina...
- Isu-isu Syariah dalam Pasaran Derivatif dan Kaitannya dengan Urf Bab ini akan menjelaskan tentang isu-isu yang menjadi polemik dalam pasaran derivatif seperti ketidak wujudan aset pendasar, pembayaran lewat yang berbeza daripada bay' al-salam, pembayaran premium untuk mendapatkan hak belian saham, short-selling iaitu dengan menjual komoditi dan saham yang belum lagi dimiliki, isu-isu ini akan dikupas dalam perspektif urf pasaran derivatif itu sendiri.
- Implikasi Pasaran Derivati dalam Sistem Kewangan Islam Setelah membuat penilaian, maka implikasi terhadap pasaran derivatif akan dinilai dan dianalisis serta disimpulkan dalam bab ini. bab ini menerangkan dahulu tentang sistem kewangan islam dan kedudukan pasaran derivatif dalam sistem itu.
SEMOGA TESISKU BERJALAN DENGAN LANCAR... AMIEENNN
<< Previous 1 2 3 Next >>
|